Penglibatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagai salah satu agensi keselamatan di barisan hadapan dalam mempertahankan sempadan perairan negara tidak dapat disangkal lagi.
Pelbagai cabaran dilalui setiap anggotanya, namun tidak mematahkan semangat mereka untuk mengalas tanggungjawab diamanahkan.